HABBATUS SAUDA
( Nigella sativa )
Maksud Hadis :
" Hendaklah kamu menggunakan Al Habbatus Sauda ini,
kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali mati" Al-Bukhari
Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa merupakan sejenis tumbuhan seperti
rumput kecil dengan ketinggian 20-40 cm. Mengeluarkan bunga yang berwarna biru muda atau putih dan terdapat didalamnya biji Habbatus sauda bersaiz kecil berwarna hitam atau kelabu kehitaman. Tumbuhan ini banyak didapati dikawasan Mediterranean, Afrika, Asi dan di kawasan beriklim gurun seprti di Mesir, Syiria, India dan Turki.
Keajaiban herba tradisional ini terbukti sebagai ubat dan sebab untuk mengurangkan dan melegakan semua penyakit tanpa kesan sampingan. Sabdaan Baginda S.A.W mengenai al habbatus sauda' sudah cukup utuk memberikan keyakinan kepada kita semua bahawa sabdaan baginda bukanlah dari hawa nafsunya tetapi adalah wahyu yang diwahyukan.
Kajian sains terhadap habbatus sauda'
Hasil kajian menunjukkan al habbatus sauda' mengandungi lebih 100 bahan kimia seperti asid minyak tidak tepu seperti thymoquinone, cymene, asid linoleic, oleic, palmitic, linolenic, alkaloids, saponin, bahan galian, polisakarida, asid amino dan lain-lain.
Carvone , P-Cymene , Thmoquinnone
Asid Linoleic , Asid Oleic
Asid Palmitic , Asid Linolenic
Ramai ahli sains dan penyelidik diseluruh dunia mengkaji dan ekstrak al habbatus sauda; Hasilnya membuktikan al habbatus sauda' mujarab sebagai sebab untuk mengurangkan penyakit seperti meningkatkan daya tahan penyakit ( antibodi-menahan kedatangan penyakit ), menurunkn kadar gula ( kencing manis ), menghindarkan kanser dan berbagai penyakitlagi. Sebagai contoh bahan thymoquinone boleh mengurangkan kanser dan asid linoleic asid oleic pula boleh membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah.
Kandungan minyak di dalam al habbatus sauda' boleh memberikan kesan antioksida ( menawarkan keracunan dalam badan ), anti baktiria ( membunuh kuman ), anti radang ( melegakan paru-paru, pernafasan, selsema, angin sengal-sengal dan bengkak-bengkak )
Khasiat-khasiat daripada penggunaan al
habbatus sauda'
Al habbatus sauda' secara tradisional telah digunakan untuk mengatasi berbagai jenis penyakit seperti menghasilkan kulit muka yang cerah, menghilangkan jerawat, keguguran rambut, membantu merawat batuk yang kronik, asma, kencing manis, tekanan darah tinggi, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang, masalah sukar untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, masalah perut, rasa loya, muntah, sakit senggugut, haid, menambah susu badan, pengaliran air liur, merangsang tenaga batin, membantu pemulihan kepenatan, sakit gigi, alahan dan gatal-gatal, cacing, buasir, gout, sakit jantung dan darah gemuruh, resdung, selsema, masalah kemandulan, gastrik, dan lain-lain.
MINYAK KELUARAN AL BALADUL AMIN TRADING
Minyak Habbatus Sauda yang dikeluarkan oleh syarikat ini di proses menggunakan teknologi perahan dengan suhu yang rendah ( cold press ). Tidak menjejaskan kandungan asal minyak. Diantara kandungan bahan kimia aktif sebagai berikut :
- Cymene 42.48% ( menghindarkan penyakit saraf seperti sengal-sengal tulang )
- Thymoquinone 21.49% ( untuk mengurangkan kanser ) Minyak tidak meruap
- Linolenic asid 55.9% (
- Oleic acid ( 21.7% )
- Palmitic Acid ( 13.38% )
na bahan antioksida yang terdapat didalam minyak.
Masalah tenaga batin lelaki
Kegunaan Tradisi Al-Habbatus Sauda
Batuk yang kronik
Resdung
Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
Sakit jantung, darah gemuruh
Darah tinggi
Luka-luka di hati
Batu hempedu, batu karang.
Sakit buah pinggang
Gout
Kencing manis
Luka-luka di dalam mulut
Sakit tengkuk
Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
Pedih di ulu hati
Gastric, luka-luka dalam perut
Buasir
Alahan dan gatal-gatal
Sakit gigi
Cacing, parasit
Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
Selepas bersalin (menambah susu ibu)
Awet muda dan menegangkan kulit
Mencantikkan kulit, kuku
Masalah kesuburan perempuan
Senggugut
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERPERANAN
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya. Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
NILAI PEMAKANAN
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Habbatus sauda’ diperakui sangat kaya dengan nilai pemakanan, diantaranya adalah:-
AKTIVITI BIOLOGI HABBATUS SAUDA’
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan