Ogos 30, 2015

MUKADIMAH ASBABUSHIFA DAN DALIL BERUBAT

TERUSKAN BERDOA BERUSAHA KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU TIDAK PERNAH BOSAN UNTUK MENGURNIAKAN KESEMBUHAN SELAGIMANA KAMU TIDAK BOSAN UNTUK BERDOA DAN BERUSAHA; SETIAP PENYAKIT ADA UBAT MELAINKAN MATI DAN TUA - Maksud Hadis


TIADA PENYAKIT YANG ALLAH TELAH CIPTAKAN, KECUALI YANG DIA TELAH MENCIPTAKAN RAWATANNYA. - Sahih Al-Bukhari

GUNALAH RAWATAN PERUBATAN, KERANA ALLAH TIDAK MENYEBABKAN SUATU PENYAKIT TANPA MELNTIKKAN SUATU UBAT UNTUKNYA, DENGAN PENGECUALIAN SATU PENYAKIT, IAITU KEUZURAN. - Sunan Abi Daud

APABILA SESEORANG SAKIT, DIA TIDAK SEPATUTNYA BERASA KECEWA; SEBALIKNYA HENDAKLAH BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T KERANA SAKIT ADALAH MERUPAKAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH S.W.T KEPADA HAMBANYA. PESAKIT HENDAKLAH BERUSAHA MENDAPATKAN PENAWARNYA DAN MENDAPATKAN RAWATAN YANG SEWAJARNYA KERANA IA JUGA TERMASUK DALAM IBADAH.

  
                                                           DALIL BERUBAT

"BERUBATLAH WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH S.W.T SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN SESUATU PENYAKIT KECUALI MENCIPTAKAN UBAT BAGINYA... DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK DIKETAHUI OLEH YANG TIDAK MENGETAHUI." - Ibnu Hibban Dan Hakim

"SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA, APABILA UBAT TEPAT MENGENAI PENYAKIT, MAKA AKAN WUJUD KESEMBUHAN DENGAN IZIN ALLAH S.W.T " HR. muslim

"SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENCIPTAKAN UBAT UNTUK SETIAP PENYAKIT, MAKA BERUBATLAH KAMU, TETAPI JANGAN BERUBAT DENGAN SESUATU YANG DIHARAMKAN. " HR. Abu Daud


                                           KESIMPULAN DALIL BERUBAT ....

SEMENJAK DAHULU LAGI MANUSIA TELAH BERUSAHA MENCARI KESIHATAN YANG BERKUALITI DAN UMUR YANG BERPANJANGAN. SEBAGAI UMMAT RASULULLAH S.A.W , KITA SANGAT BERUNTUNG KERANA MEMPUNYAI CONTOH IKUTAN YANG TERBAIK PERNAH DILAHIRKAN DIATAS MUKA BUMI INI, IAITU NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI RAHMATUL 'ALAMIN, BAGINDA RASULULLAH S.A.W TELAH MENGAJAR KEPADA UMATNYA BERBAGAI ILMU TERMASUKLAH ILMU PERUBATAN YANG SELAMAT DAN EFEKTIF.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan anda tentang web saya